Sunday, September 24, 2017

Resepi Kek Marble Pelangi Gebu

Hai semua.

Ada sesiapa yang minat dengan kek marble tak?Jika anda mahu membuatnya sendiri, ini dia resepi kek marble yang mudah untuk anda sediakan.

Bahan-Bahan

2 sudu makan susu cair
6 biji telur
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking soda (campur sebati dan ayak)
2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan margerin
pewarna ikut selera

Cara Penyediaan



#1: siapkan bekas kemudian masukan gula dan margerin, gunakan pemutar elektrik dan putar sehingga kembang atau boleh juga gunakan tangan. it's OK

#2: masukan telur ke bekas lain dan basuh telur tersebut. selepas tu masukan telur sebiji-sebiji kemudian puatar sehingga sebati.

#3: sementara itu lengserkan acuan 9 inchi dengan sedikit tepung dan margerin dan pastikan rata ke seluruh bahagian acuan. boleh gunakan acuan bulat atau empat segi. tetapi, belang akan nampak lebih cantik bila gunakan acuan bulat. saya gunakan empat segi.

#4: kemudian masukan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan gaul sebati. kemudian masukan juga esen vanila dan susu cair, gaul sebati.

#5: dan bila adunan dah siap adunan tadi di bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian ditambah pewarna dan 1 bahagian tak ditambah pewarna pun tak ape.



#6: setelah semua bahagian diwarnakan kemudian belang-belangkan adunan mengikut warna. ambil sebanyak 3 sudu makan adunan untuk setiap lapisan dan ulangi langkah tersebut sampai adunan habis.

#7: bila mewarnai dah selesai, barulah dibakar sampai masak. saya gunakan oven elektrik bersuhu 165 darjah celsius selama lebih kurang 50 minit.



Semoga resepi ini bermanfaat.

Love,
Bella












1 comment:

  1. What is an emperor casino? | Shootercasino
    There's an ancient Rome where kings had great influence. 메리트카지노 The emperor 바카라 사이트 emperor in his throne 제왕카지노 was called Trianos in a famous edict in 1597. Trianos (Image: Trianos).

    ReplyDelete

Category: