Sunday, September 24, 2017

Resepi Kek Pisang Gebu

Hai semua...

Anda peminat kek pisang? Ini dia resepi kek pisang yang lembut dan gebu yang mesti anda cuba di rumah.



BAHAN-BAHAN

Berikut adalah bahan-bahannya:

1 biji telur gred B
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang lenyek
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
1 penutup botol esen pisang

CARA-CARA :

1. KISAR TELUR DAN GULA

Mula-mula, masukkan telur dan gula ke dalam ‘blender’. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan sedikit gula. Puan Hasyyati kurangkan setengah cawan.

Kisarkan selama lebih kurang 5 minit.



2. AYAK TEPUNG

Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian, ketepikan dahulu.



3. TAMBAHKAN BAHAN DALAM ‘BLENDER’

Apabila telur dan gula dah betul-betul sebati di dalam ‘blender’, masukkan pula minyak, pisang lenyek dan esen pisang.

‘Blend’ lagi dalam 3 minit.



Adunan akan jadi seperti dalam gambar di bawah ini. Warnanya keperangan sedikit, mungkin juga bergantung kepada jenis pisang.


4. CAMPURKAN TEPUNG

Seterusnya, masukkan adunan tadi dalam tepung.Kaup-kaup saja dengan senduk hingga sebati.



Inilah hasilnya selepas diadun. Tak pekat, tak cair. Sedang-sedang saja ya.


5. Kukus

Sekarang, bolehlah kita mula masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Letakkan minyak sedikit dan isi penuh-penuh kalau suka tengok ia mengembang.

Panaskan ‘steamer’ atau pengukus terlebih dahulu sebelum meletak acuan. Gunakan api besar dan kukus selama lebih kurang 20 minit.



6. SIAP

Beginilah kejadiannya. Gebu ‘gebas’, memang terliur dan rasa nak ‘telan’ sekarang. Mudah, bukan?




Selamat mencuba.

Love,
Bella











































No comments:

Post a Comment

Category: